Sudah berapa tahun anda cuba untuk kurus? Setahun? Bertahun-tahun? Atau sejak lahirkan anak?

Coach Yaya faham sangat masalah anda. Sebab coach juga alami masalah yang sama sejak bertahun-tahun lamanya. Mencuba pelbagai jenis diet, tidak menjadi. Akhirnya duitku lebur untuk pil langsing, susu kurus, krim panas dan sauna pant yang kononnya mampu untuk kuruskan badan.

Tidak cukup dengan itu, coach siap register dengan gym, kelas fitness tetapi masih juga tak nampak hasil.

Rupanya silap coach adalah DIET TANPA ILMU.

Diet tanpa ilmu samalah seperti membina sesuatu tanpa asas yang betul. Macam bina rumah, simen batu sana, batu sini kemungkinan menjadi sebuah rumah. Tetapi adakah ia selamat dan kukuh? Berbeza apabila ada ilmu, in shaa Allah rumah tersebut selamat untuk dihuni.

Kebanyakan dari kita bila berdiet, terus ambil pendekatan yang drastik. Kalau boleh mahu terus singkirkan 10 kilogram dari badan dalam tempoh yang singkat. Sedangkan perkara paling penting ialah pengambilan pemakanan yang bernutrisi dan dalam masa yang sama mampu untuk turunkan berat.

Fokus kita adalah untuk kurus tanpa mengabaikan kesihatan. Sihat dan cantik luar dan dalam supaya tiada masalah berbangkit di kemudian hari.

Dan kerana itulah, Coach Yaya menganjurkan program kurus yang dipantau oleh seorang dietitian supaya  semua pelajar mendapat pendedahan yang betul sepanjang program.